Saturday, February 11, 2012


Asslamualaikum? Sihat? Alhamdulillah :-)




First, I want to say. I’m single right now. Biasa la kan? Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tk berpisah dengan cara mati. Berpisah dengan cara hidup. Menda ni bukan aku mintak. Terjadi sendiri. Aku mampu redha sahaja. Bagi aku coup is permulaan jodoh. Tapi kalau dah tkda jodoh dekat coup, apatah lagi kahwin kan? Hm. Tapi kita tkkan pernah tahu siapa jodoh kita. Kuasa Allah. Aku langsung tk sangka menda ni akan terjadi. Selalu org clash sebab bergaduh besar right?  Tapi aku tk. Semua ni punca dengan kekecewaan.

KAU BUKAN SHAHJIHAN AKU SAYANG :’)

Ya, dia bukan shahjihan aku. Dan aku bukan mumtaz dia. So, nak tk nak aku kena terima. Semua ni dah tertulis oleh-Nya. Kita hanya mampu merancang dan Dia penentu segalanyaaaaaaaa. Tapi aku mengharapkan dia kembali kepada aku. Aku tk boleh lupakan dia weh :’( Hati aku terlalu sakit utk lakukan semua tu. Perlu ke aku bersumpah? Ya  aku bersumpah! Aku nak dia balik. Dan aku mengharapkan itu sangat sangat. Aku dah biasa jalankan hidup aku dengan dia ada disisi aku. Macam mana aku nak teruskan hidup aku dengan dia tkda disisi aku? Ya aku tahu tk mati pun kalau tkda dia. Tapi aku nak setiap kali dia bersama aku. Aku tahu menda tu tkkan terjadi. Syakirah, berhenti  menangis dan jalankan hidup seperti biasa. Like this ? Krook -..-


Kenapa susah sangat aku nak lepaskan dia? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku tk pernah terfikir pun pasal putus sebelum ni. Nak sebut perkataan putus pun amat berat pada mulut aku. Aku jarang message dia sebab dia kerja. Nak cakap perkataan iloveyou tu amat jarang sekali. Org kata, kalau nak ada jodoh dengan dia, tk boleh nampak sangat yang kita sayang dia. InsyaAllah ada jodoh. Tapi kenapa aku tk? Aku dah buat sehabis baik. Tapi kenapa ini masih terjadi? Aku sanggup curi credit Mak aku semata mata nak call, message dia apasemua. Semua aku buat, semua berkaitan dengan dia! Apa lagi sebenarnya yang kurang? Aku dah jaga relationship aku dengan dia sebaik yang mungkin. Aku ketepikan perasaan jealous aku semata mata nak jaga perasaan dia. Sebab aku tahu kalau aku dah jealous mula la perasaan nak marah tu datang then mula la nak maki maki dia apasemua. Aku tahu itu punca pergaduhan. Aku benci bergaduh.  So, abaikan perasaan jealous yang melampau tu. Tahan dalam hati. Menangis dalam hati pun aku sanggup. Buat tak tahu dengan perasaan jealous. Walaupun dia selalu sangat chatting dengan perempuan lain kan?  Hm.


Aku boleh mati kalau macam ni. Aku boleh gila bila dia cakap Kite kawan nak? Ya Allah :’( Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa aku tkda dalam hati dia dan berperanan sebagai kekasih? Kenapa perlu berkawan? Tuhan je la yang tahu betapa hancurnya hati aku. Aku menangis dan mengamuk sampai semua barang kesayangan  aku musnahkan. Termasuk diary yang aku buat utk dia :’( Aku ingat nak bagi diary tu dekat dia bila aku jumpa dia nanti. Dalam tu banyak aku tulis pasal dia. Nama dia penuh dekat buku tu. Aku rasa bodoh pulak buat menda tu -.- Sekarang org yang aku sayang, makan diri aku balik. Aku terlampau sayang dia sampaikan aku jadi macam ni. Kalau ada pil utk berhenti menangis, aku nak makan. Biar mata aku tk bocor. Mintak mintak ada jual dekat 7e -.-



Semalam perkara yang aku tak boleh lupa. Aku tunggu dia message aku. Aku tunggu dia dengan penuh kasih sayanggggg. Tk sangka pulak malam tu aku menunggu kekecewaan dan perpisahan. Ya Allah. Hati aku sakit bila dia cakap dia masih ada perasaan dekat org masa lalu dia. Aku terduduk. Aku terdiam. Mata aku pandang tepat pada shawl yang dia bagi dan air mata aku terus gugur. Tangan aku getar. Seluruh badan aku sejuk. Aku terlepas handset dari tangan aku. Bila dengar handset aku jatuh, baru aku sedar yang aku sedang menangis. Aku menangis. Menangis. Menangis. Dan terus menangis. Kebahagiaan yang aku cipta selama beberapa hari hancur macam tu saja depan mata aku sendiri. Aku mencari sesuatu utk boleh buat aku tenang. Aku baring. Pandang dinding. Tapi aku gagal utk tenangkan fikiran aku. Jadi aku tidur dan berharap esok dia kembali kepada aku. Tapi takkk :’( Itu tk terjadi. Dan mungkin itu tidak akan terjadi. Berhenti berharap dan hapuskan semua kenangan. 


SHAWL.

Hm. Shawl yang dia bagi dekat aku tu aku hargai. Tapi aku tk layak pakai sebenarnya. Apatah lagi memilikinya. Bila aku tahu diri aku tk di perlukan. Aku terus simpan shawl tu dalam  plastic bag yang asal. Nasib baik aku simpan lagi plastic bag tu. Patut la aku rasa serba tk kena bila nak buang plastic bag tu. Tk sangka pulak shawl tu kena duduk balik dalam plastic beg tu balik. Dan mungkin aku akan pulangkan dia ke tempat tuan yang beli dia tu. Ya Allah. Aku tk kuat!!


Hm, aku tk tahu nak buat apa lepas ni dengan dia tkda disisi aku. Aku boleh sayang org lain tapi aku tkkan sayang org lain macam mana aku sayang dia. Bila aku tanya dia sayang aku, dia cakap dia sayang. Apa ni yang dinamakan sayang? Dia amat bermakna bagi aku. Dia amat sempurna bagi aku.Terlalu sulit bagi aku utk memiliki dia. Kalau dia tk bahagia dengan sesiapa, aku sanggup bahagiakan dia walaupun aku pernah dilukai :’( Aku setia menunggu dia. Aku sanggup tunggu dia kembali kepada aku. Tapi sampai bila? Ya Allah. Aku tak kuat, Ya Allah. Aku lelah dengan semua ini.




AKU LEPASKAN DIA SEBAB AKU NAK TENGOK DIA BAHAGIA WALAUPUN AKU SENDIRI YANG MENANGIS. WALAUPUN AKU SENDIRI YANG SAKIT. WALAUPUN AKU SENDIRI YANG KECEWA. AKU SANGGUP TERIMA SEMUA TU SAYANG. AKU MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DIA. BIAR HATI AKU SAKIT. ASALKAN DIA BAHAGIA. SEBAB ITU SALAH SATU UNTUK AKU BUKTIKAN YANG AKU SAYANGKAN DIA SEPENUH HATI AKU.  AKU SENYUM UTK KAU SAYANG :-) SEE? KAN? HM, AKU JANJI KALAU KAU TK BAHAGIA, AKU AKAN TERIMA KAU SEMULA DALAM HATI AKU. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH. NI SEMUA SEBAB AKU TERLAMPAU SAYANGKAN KAU. PERCAYALAHHHH.


No comments:

Post a Comment