Sunday, October 23, 2011

Mohd Amirul Shafiq

Korang mesti pelikkan tetiba aku update blog pagipagi buat macam nii ? Okayy , malam semalam langsung aku tak padat tidur sebab teringatkan bestie aku , Mohd Amirul Shafiq . Yang mengalami kemalangan jalan raya . Dah nak dekatt dua minggu dia menahan kesakitan yang amat berat . Dia kena langgar lari . Tapi kata Sis Anis ( Kaka kepada Shafiq ) orang yang langgar dia dahh serah diri dekatt balai .  

Aku tahu cerita dia kena langgar , ada orang yang bagi tahu aku ( Lupa nama ) . Teruk jugakk condition dia . Dia mengalami patah bahu kiri , serpihan di tengkuk , tulang rusuk dia patah tiap satu kiri dan kanan , peha belah kanan dia patah dan pendarahan dekat paru paru dia . Sampai sekarang , dia still duduk dekatt ICU Temerloh tuu . Hari tuu aku pergi tengok dia . Aku masuk ruangan Syafiq dengan Abah . Sumpah aku sedih gila tengok kawan baik aku terlantar dekatt situ . Yang lagi aku sedih bila tengok wayar berselirat dekatt tubuh badan dia . Setiap langkah kaki aku keluar dari ruangan icu tuu , mata aku tak habis habis nak pandang ke arah dia . Kalau lahh ada cara bolehh buat dia baik secepat mungkin , serious aku nak tolong dia . Tapi buatt setakat ni , aku hanya mampu berdoa untuk dia agar dia cepat sembuh .   

serious , aku rindu nak tengok dia baik macam dulu . aku rindu nak bercakap dengan dia . aku rindu nak bergurau dengan dia . aku rindu nakk bercakap dengan dia . aku rindu nak mengumpat dengan dia . aku rindu nak lepak dengan dia . aku rindu nak tengok dia senyum . aku rindu nak main ketuk ketuk kepala dengan dia . aku rindu nak marah dia . Idk nak cakap apa dahhh . aku rindu semua pasal dia . sumpah aku rindu tembap .



Syafiq , aku doa kan kau cepat sembuhh . Kau jangan lemah semangat ehh ? Ma , abah selalu doa kan kau . Kuat kan semangat . Selagi kau bolehh lawan kesakitan kau , kau lawan ye ? Aku harap kau dengar apa yang aku cakap dekatt kau masa dalam wad icu tuu . Kau dengar kan Fiq ? Jam yang kau bagi dekatt aku tuu , sampai sekarang aku simpan . Dan ia masih berfungsi . Aku pakai Jam tuu sampai sekarang .  Aku tak pernah lupa kau :'( Kau jangan lupa aku ehh ? Selamat ye ? :'( Kbai 



DOAKAN DIA CEPAT SEMBUH , AMIN

2 comments:

  1. shafiq dah masuk wad biasa tau...tengkuk die patah sebenarnya. sekarang tgh tunggu doc pasang besi kat kpale die untuk stabilkan tengkuk die.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah , apa apa kabar , bagi tahu saya ye sis ?

    ReplyDelete